Monday 22 August 2011

hari demi hari...

dah 22 Ramadhan, sekejap nya masa berlalu.dah lama sejak kali terakhir berpuasa dan bertarawih di shahpekanpahang.bersama sahabat-sahabat.ni namanya entri melepaskan rindu(haha).RINDU.tak tipu.rindu kat semua orang.saat jari ini menaip,macam nak menitis airmata.wahai sahabat sekalian,aku tak pernah lupakan kalian.cuma dah lama tak meng'up-date' mungkin, sebab takde fb kah?mungkin. tapi sungguh tak pernah pun melupakan mereka2 yang pernah berada di sisi diri ni. tapi masa tak kan menunggu kita, masa terus berlari dan berlari dan aku di sini, hari demi hari, semakin merindui. tak mengapa, akan tiba satu hari kita akan bertemu kembali, dengan izinNya,insyaAllah.
*rindu.

lagi 7 hari lebih kurang nak raya, biasanya memang hati dah bergembira.tapi tak untuk kali ni.kenapa? sebab rasa macam tak layak untuk berhari raya. kenapa? sebab rasa macam tak dapat capai pun tujuan puasa. apa? tengok surah Al-Baqarah ayat 183:

'Wahai orang-orang yang beriman!diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,'

Allah suruh puasa supaya bertakwa rupanya. macam blaja math,sebab nak lepas, grade 4 (IB), tapi if tak dapat maksudnya fail, and mesti sedih punya,takkan nak gembira2 kan. sama la keadaan nya kat sini, puasa tu sebab nak capai takwa, if hari last Ramadhan nanti kita dah dapat capai, fine la.memang confirm dah boleh bergembira 1 Syawal, dapat ijazah Takwa tu. tapi kalau tak?kalau sama je keadaan masa sebelum Ramadhan n selepas Ramadhan? gagal la kan? memang confirm tak layak nak beraya. tu la yang tengah bermain dalam fikiran sekarang. sampai tak tenang. yaAllah, kurniakanlah aku kekuatan untuk mencapai ketakwaan itu supaya hati ini bisa tenang.ameen.


hari demi hari, moga diri ini semakin menghampiriMu yaAllah. hanya itu yang ku dambakan,biar seribu halangan,biar sejuta dugaan, RedhaMu tetap menjadi tujuan. 
luahan hati saat berduka.hanya padaMu.



No comments:

Post a Comment