Monday 17 October 2011

sumber segala kekuatan.

siapa kata dia kuat?
siapa kata dia boleh hidup tanpa Allah?
siapa kata dia mampu je buat segala benda?
kalau Allah tak izinkan,
semuanya takkan jadi
tahu kenapa?
sebab segala kekuatan tu sumbernya adalah Allah
manusia ni lemah sangat
termasuklah diri ini
dan kalau nakkan kekuatan 
kena mintak dari yang Maha Kuat
Dia akan tolong je
yang penting yakin dan percaya dengan sesungguh-sungguhnya
bahawa Dia tu Maha Berkuasa atas segala sesuatu
wakilkan Dia atas segala perkara
mintak ngan Dia kekuatan sepanjang masa.

yaAllah, kurniakan kami kekuatan
kekuatan menghadapi dunia yang sangat menguji ni
kekuatan melawan segala jahiliah yang mengelilingi
kekuatan mengawal nafsu sendiri
kekuatan untuk berusaha menjadi hamba dan khalifahMu
kekuatan untuk sentiasa mengingatiMu
dan kekuatan untuk melakukan segalanya hanya keranaMu
kerana sesungguhnya YaAllah
kami hanyalah hamba yang sangat lemah tanpa Mu.
ameen, ameen, ameen.

berlalu sudah masa tidur kau hidayah!

No comments:

Post a Comment