Thursday 28 June 2012

Sampaikanlah. (:


Ada satu kisah ni, taktau nak describe ,macam mana.
Kisah zaman nabi saw dan para sahabat
Masa tu Nabi saw baru diangkat menjadi utusan Allah
Dan mula berdakwah kepada sahabat2 dan ahli keluarga terdekat
Salah seorang daripadanya, Abu Bakar As-Siddiq
Dan Abu Bakar mula menyebarkan apa yang diimaninya,
Iaitu 'Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu Pesuruh Allah'

Abu Bakar buat sungguh-sungguh, sampai dalam satu hari yang pertama tu sahaja, dah 5 orang sahabat yang sangat hebat memeluk islam dari Abu Bakar
And taktahu la yang ni pada hari ke berapa, seorang perempuan yang kita boleh panggil makcik (sy taksure nama dia apa) turut memeluk islam dari Abu Bakar
Dan makcik tu sangat semangat untuk menyampaikan islam kepada orang lain

Dia pergi ketuk rumah rumah jiran dan mengajak orang itu untuk beriman dengan
 'Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu Pesuruh Allah'

And lepas tu tahu apa makcik tu cakap kat orang yang dia ajak tu?

'Kalau kau nak tahu lebih lagi, pergi tanya Abu Bakar sendiri. Sebab aku baru belajar sampai situ je (kalimah syahadah tadi)'

………………………


masyaAllah. Sy tergelak bila dengar cerita ni dari seorang kakak yang baru pulang dari Kerajaan Bersatu.

Tapi, bila reflect balik. Betul la, apa yg sahabiah tu buat. Sebab nabi sendiri suruh kita sampaikan walaupun satu ayat bukan?

Sahabiah tu, walaupun baru tahu hanya kalimah syahadah, dia tetap sampaikan. Tapi kita, dah berapa banyak yang kita tahu? Dan berapa banyak dah kita sampaikan?

No comments:

Post a Comment