Saturday 6 April 2013

untuk kakak sayang.


"Habis, apakah aku patut bersabar? Aku cintakan dia Asid. Dan sekarang, cinta ini rasanya tidak dibalas dengan adil.”

Irfan mengangguk perlahan. Memahami.

“Hidup ini adalah perjalanan. Dan di tengah perjalanan itu, kita akan melalui satu kawasan berkabus yang mempunyai selekoh tajam. Kabus itu bernama Cinta. Yang tidak menyusun langkahannya dengan baik, akan melanggar penghadang selekoh, dan jatuh ke dalam gaung yang mencelakakan. Engkau wahai Asid, engkau sedang melalaui Kabus Cinta itu. Kalau engkau tidak menjaga langkahan engkau, dan ingat kembali tujuan asal engkau bercinta, engkau akan terbabas di selekoh tajam itu, dan jauh ke gaung celaka.” Irfan menuturkan nasihat penuh hikmah itu perlahan-lahan. Satu persatu disebut dengan jelas.

Asid mengerutkan dahi.

“Cinta ini kabus Asid. Kabus tebal hingga kita tak nampak jalan. Melainkan engkau jelas apa yang engkau hendak capai. Kalau sampai kita rasa Allah tak adil, kita rasa kecewa yang melampau hingga hati kita terganggu, kita rasa tidak gembira, hingga ibadah pun terganggu, hingga hendak gembira dengan kegembiraan sahabat pun sukar, itu namanya kita sudah mula hendak melanggar selekoh penghadang itu Asid...."

Hidupnya disibukkan dari seawal sebelum Subuh, hingga waktu tidurnya pukul 12.00 malam. Solat-solat yang digalakkan di sepertiga malam dilaksanakan dengan giat. Waktu pagi selepas Subuhnya diisi Al-Mathurat dan Bacaan Al-Quran bersama sahabat-sahabatnya yang lain. Sarapan pagi bersama Dzulkarnain dan Halim di rumah. Kemudian pergi ke perpustakaan untuk studi memandangkan minggu ini adalah minggu persediaan sebelum peperiksaan final menjengah beberapa hari lagi. Zuhur di perpustakaan, sebelum makan tengahari bersama Dzulkarnain dan Halim, kemudian diisi dengan studi bersama-sama mereka berdua pula selepas itu. Solat Asar dan Al-Mathurat, kemudian turun beriadhah hingga hampir Maghrib. Solat Maghrib dan membaca Al-Quran, kemudian makan malam bersama sahabat-sahabatnya, Solat Isya’ dan mengulang kaji nota-nota yang dibuat pada waktu siang. Pukul 11.30 malam membaca Al-Mulk, dan solat taubat dua rakaat bersama-sama solat hajat dua rakaat sebelum memejamkan mata pada pukul 12.00 malam.

-Simfoni Cinta, Hilal Asyraf
........................

p/s: buat kakak ku sayang, pasti ada hikmahnya semua ini. kuatlah wahai kakak, kerana Dia yg mengujimu kini sedang melihat sejauh mana akak akan kembali kepada Dia dgn apa yang terjadi. Dia tahu akak mampu, Dia tahu. Sy mungkin tidak berada di tempat akak, tapi akak tahu sy akan sentiasa cuba untuk berada di sisi akak, walau sekadar meminjamkan bahu atau telinga sahaja. sy sayang akak, sangat. dan Allah lebih lagi sayang akak.


No comments:

Post a Comment