Tuesday, 6 May 2014

di sini

kupandang dari kejauhan
si tua itu berjalan
dan tetiba memperlahankan langkah
mendekati si warna warni
ke kiri dan ke kanan
memerhati keindahan bungaan ciptaan Tuhan

yaTuhan, berikan dia hidayahMu
yaRabbi, berikan kami kekuatan
untuk terus hidup
mencari cahaya dan sinar dariMu

kerna dunia terlalu memperdaya,
dan kami terlalu mudah diperdaya

hati ini terlalu rapuh,
namun syurga menjadi impian,
wahai,
apakah
jauhnya aku dari syurga
namun ku tak sanggup menjejak neraka

Oh Tuhan,
layarkan ku ke arah cintaMu.

1 comment:

  1. alhamdulillah boleh post dah, wiwiwiiiii~
    (:

    ReplyDelete