Tuesday 24 May 2011

never look back,hidayah..!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

kumulakan coretan di blog ini dengan kisah hidupku.mungkin tak menarik buat insan lain,tapi amat bermakna buat diri ini.permulaan yang diharap mampu menjadi pemangkin untukku terus berusaha menjadi hamba yang sebenarnya slpas ini,insyaAllah.

shahpekan,pahang.2005-2009. sejuta kenangan,memori,impian,harapan,cita-cita.
wahai sahabat-sahabatku syg,aku rindu saat kita bertemu,bersama,bergembira,bergelak ketawa,bergaduh,bersedih.SUKADUKA,semuanya tak pernah aku lupa.kini kita dah berjauhan,meniti liku-liku kehidupan yang mendatang.seringkali kerinduan menjengah di sudut hati,namun kutahu inilah realiti yang harus ditempuhi.moga kalian sentiasa berada dalam perlindungan Ilahi.

takkan pernah hilang dari ingatan,:)

shahpekan,2009.disini bermula segalanya.cerita antara kita,kau dan aku.saya dan awak.kenapa kita bertemu?hanya Dia yang tahu.tak mungkin kebetulan.semuanya dah tertulis di LuhMahfuz sana.ada hikmahnya,pasti.

kmb,may2011.pengakhiran segalanya yang dah kita cipta bersama.hanya kerana Dia yang Maha Esa,tiada sebab lain.kerana Dia kita berjumpa,kerana Dia juga kita berpisah.ini yang terbaik.biar Dia yang tentukan segalanya,krna hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.saya redha,awak pun sama,saya tahu.saya kuat,awak lebih kuat lagi.andai dah tertulis jodoh antara kita,saya yakin satu hari nanti Dia akan pertemukan kita kembali.dengan cara yang lebih diredhai.andai tidak,moga bahagia sentiasa menjadi milik awak,doa saya sentiasa.moga awak diberi petunjuk dan jalan tarbiyah satu hari nanti,insyaAllah.moga awak terus kuat untuk hadapi kihidupan awak disitu,ameen.

shahpekan to kmb.mekku to hidayah (hidayah dari Dia,alhamdulillah).
bunyi mcm mudah,tapi sesungguhnya tak senang.penuh dengan tangisan,airmata.banyak yang berubah.mungkin bukan 360 darjah,boleh kata hanya 180 darjah.tapi tu pun aku dah bersyukur sangat.yaAllah,terima kasih atas segala ketukan Kau yang tak jemu2 pd aku sehingga aku mula terdetik untuk kembali mencari erti sebenar hidup ini. Kau tetapkanlah hati ku pada jalanMu ini yaAllah,ameen.

YaAllah,hanya padaMu ku mohon pertolongan. kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. berikan aku petunjukMu yaAllah. jangan Kau pesongkan hatiku setelah Kau kurniakan hidayahMu padaku. kuatkan hati ini untuk terus bermujahadah pada jalanMu.YaAllah,bimbing aku dalam mencari redha Mu YaAllah. kuatkan aku untuk tidak lagi mengingati masa laluku,kuatkan aku untuk melupakan dia yaAllah.sungguh,hanya padaMu kupohon pertolongan.aku hanya hamba yang tak pernah punya apa-apa melainkan apa yang Kau pinjamkan padaku.ampunkan segala dosa-dosaku kerana tidak mengingatiMu selama ini yaAllah.ampunkan aku,yaRahman,yaRahim.

hidayah,mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis~...
jangan pernah putus asa.
bergerak menuju Ilahi.
mencari redhaNya.
selagi ada waktu.

never look back,hidayah.!

No comments:

Post a Comment