Thursday 30 June 2011

bina rumah di tengah jalan?

pernah dengar tak,
hidup ibarat musafir
pengembaraan yang bermula dari dalam rahim
keluar ke dunia
meneruskan lagi pengembaraan
sehingga tiba saat kematian 
berehat sebentar
sebelum kembali pada destinasi terakhir
yakni akhirat 

cuba bayangkan
satu analogi
si A bermusafir
dari Kedah nak balik kampung kat Johor
jauh perjalanan tu
banyak negeri dilalui
Perak,Selangor,Melaka
baru la sampai ke destinasi yang dituju

tapi kan
logik tak
sepanjang perjalanan tu
singgah Perak, A bina sebuah rumah
besar sangat,cantik
lepas tu, dia lalu Selangor pulak
bina lagi sebuah rumah banglo
then
singgah Melaka, bina lagi sebuah kondo
padahal dia dalam perjalanan nak ke Johor
tak boleh bawak pun semua rumah2 tu balik ke Johor kan?

hemm
cuba relate kan dengan pengembaraan kita sekarang
dari rahim ibu
lalu ke dunia
untuk menuju destinasi
kampung sebenar kita, akhirat
tapi dalam perjalanan masa kat dunia
kita bina mcm2, cari sebanyak2 harta
yang tak boleh bawak balik ke akhirat pon
tak rasa sia2 ke?
penat je kumpul harta banyak2
tapi at last tinggalkan semua tu
rugi kan?

sebab tu Allah dah cakap,

"dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia..." 
(Al-Qasas, 28:77)

Allah tak suruh kita cari dunia tu dulu
tapi terang2 Dia kata, carilah pahala akhirat
dengan apa yang Dia dah bagi kat kita
then baru la Allah suruh kita jangan lupa pasal dunia

apa yang Allah dah bagi kat kita?
ambil contoh, duit yang bertimbun2 la katakan
cane nak cari pahala akhirat guna duit bertimbun2 tu?
jawapannya: sedekahkan la duit yang banyak tu
sebagai bekalan amal jariah kita
boleh bawak asampai akhirat...
kalau buat bina rumah banyak2, besar2 setakat untk hidup selesa dan best
nanti dah mati tinggal jugak kan?
sebab kita kan musafir je, 
bukan selama2nya kat dunia ni pon

contoh 2, Allah bagi kepintaran akal
guna la untuk belajar sungguh2
nanti boleh sampaikan ilmu tu pada orang lain jugak
ilmu yang bermanfaat,
bekalan untuk kita ke akhirat sana nanti
insyaAllah

so, kesimpulannya
hidup kita ni hanya pengembaraan
yang akan berakhir jua satu hari nanti
cari dan bawak la sebanyak mungkin bekalan
untuk kita pulang ke kampung halaman kita
SYURGA, insyaAllah.
ameen

yaAllah, bimbinglah aku untuk melaksanakan apa yang telah aku tulis ini yaAllah. hanya padaMu aku bergantung harap.ameen




No comments:

Post a Comment