Tuesday, 28 June 2011

tak pernah sedar kan?

nikmat tu,
bila ada tak pernah nak sedar
susah nak bersyukur
bila dah takde
baru lah rasa nikmatnya benda tu sebenar-benarnya kan
baru reti nak ucap terima kasih Tuhanku
baru reti nak lafaz alhamdulillah
kalau tak
take for granted
tak ingat Dia yang bagi semua tu..
firman Allah swt:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat.
(Ibrahim,14:7)

tarbiyyah sentiasa di mana-mana kan?
entri ni tercoret hasil kesan event 'fogging' ptg semalam
tiba-tiba je
takde announcement
sedar2 dah start, keluar bilik penuh asap
takleh bernafas
puas kejar cari tempat yang tak kena lagi asap tu
semata-mata nak cari oksigen
yang selama ni tak pernah pun hilang
sikit je Allah tarik, untuk sedarkan hamba Dia yang hina ni
terima kasih yaAllah
alhamdulillah 
masih bernafas hingga ke hari nie
segala puji hanya bagiMu yaAllah.

No comments:

Post a Comment