Wednesday, 8 June 2011

di mana kanku cari ganti?

Di mana kanku cari ganti, serupa denganmu...
Biasa kita dengar kan bait-bait lagu ni?
Allahyarham P. Ramlee,seniman agung pujaan ramai.
Sungguh,ramai peminat dia.
Semua puji,puja.
Takkan ada yang sama macam dia lagi dah.
Macam-macam program khas untuk allahyarham bersiaran kat tv tuh.

Tapi.
Pernah tak ada program mengingati kembali
Para pahlawan Islam yang perkasa
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan Sultan Muhammad Al-Fatih
Yang membebaskan Konstantinopole
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan Salahuddin Al-Ayyubi
Yang menawan Palestin
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan Toriq bin Ziyad
Yang menakluk kota Andalusia, Sepanyol
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan Khalifah Al-Mu’tasim
Yang membela seorang wanita teraniaya, didedahkan auratnya
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan Abu Bakar As-Siddiq
Yang mengorbankan segala, demi RasulNya dan agama tercinta
Di mana????

Sungguh, perancangan Kuffar laknatullah beratus-ratus rahun dahulu
Menemui kejayaan
Jahiliah menyerang pemikiran anak-anak Islam seluruhnya
Rancangan2 di tv pasti ada terselit unsur-unsur cinta
Keganasan, seks, isu perkauman
Sehingga anak-anak kecil jua turut terpengaruh
Kartun menjadi keutamaan
Tiada lagi hafiz hafizah yang dikejar
Kelas agama hanya sebentar cuma
Sekadar tempelan yang sepatutnya menjadi keutamaan

Pernah terbayang?
Andai satu saat, bumi Malaysia
Diserang tentera Amerika durjana
Mahupun Israel laknatullah
Siapa yang akan bangkit menentang?
Anak muda yang dating di shopping complex?
Kaki rempit yang sedang berlumba?
Penagih dadah yang tengah khayal?
Atau hanya mengharapkan barisan Angkatan Tentera Malaysia
Yang dilatih tanpa semangat jihad di dada?
Siapa yang akan berjuang habis-habisan?

Sedangkan kini
Di kala anak-anak kecil Palestin ditembak sesuka hati
Hidup penuh kesengsaraan
Pun kita masih bersuka ria, bersenang lenang, bergembira
Seperti tiada apa-apa
Walhal mereka saudara kita

Bangkitlah wahai pemuda!
Sedarlah siapa kita
Jadilah seperti pahlawan-pahlawan Islam yang berjuang
Membela agama
Tak pernah surut walau selangkah
Tak pernah berhenti walau sejenak
Cita-cita hanyalah antara dua
Hidup mulia atau syahid mendapat syurga
Bangkitlah!

No comments:

Post a Comment