Monday 13 June 2011

masih adakah tahun seterusnya?

alhamdulillah,meniti hari-hari
akhirnya genap 19 tahun hidup ini
namun 
mengingati kembali
apa sahaja yang telah diri ini lakukan?
sumbangan terhadap agama Allah?
sedangkan Sultan Muhammad Al-Fatih
menawan kota Konstantinople sekitar umur 23 tahun
rasa-rasanya mampukah aku mengikuti jejak langkahnya?
walau bukanlah sehingga menawan negara
cukuplah sekadar menjadi salah seorang yang berada
dalam jalan menegakkan agama ini
mampu,andai hati betul-betul mahu
usaha, itu yang utama.

sejenak diri berfikir
yaAllah
masih adakah tarikh ini,tahun-tahun seterusnya bagi diriku?
andai ajal menjemput
bersediakah diri ini untuk mengadapMu yaAllah
sungguh, hanya Engkau yang Maha Mengetahui
bila saatnya diri ini akan kembali padaMu
bimbinglah aku YaRahman
dalam mencari redhaMu
kerna
aku jua tidak pasti
adakah masih ada tahun seterusnya buat diri ini
hanya RedhaMu menjadi matlamatku
 andai tibe saatnya
aku harus kembali padaMu.

moga terus tsabat dijalan ini,ameen yaAllah.

No comments:

Post a Comment