Sunday 26 June 2011

2:30 ?

"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,
" Aku hendak menjadikan KHALIFAH di bumi"....

khalifah= memakmurkan bumi Allah
macam mana nak memakmurkan bumi Allah tu?
pastikan semua manusia yang mendiami bumi Allah ni semuanya baik2 belaka..
macam mana pulak tu?
pastikan semua orang berpegang kepada satu akidah sahaja.
akidah apa?
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."
dengan erti kata lain:
khalifah=dakwah
dakwah= menyampaikan kalimah syahadah kepada seluruh umat manusia
menyeru umat manusia kearah jalan yang sebenar-benarnya
jalan menuju Tuhan yang Maha Esa
hidup hanyalah sebuah perjalanan
pengembaraan yang akan menemui penghujungnya
dalam tempoh hidup ini
kita diarahkan melakukan HANYA 2 perkara
menjadi khalifah yang menyeru 
dan menjadi hamba yang taat

hidup= khalifah + ibadah
wajib.
tidak ada alasan untuk tidak melaksanakannya
selagi islam tidak tertegak,
bermakna 
ada yang masih belum mengenal Allah

mari menuju Tuhan
dengan menjadi khalifah dan hambaNya
bukan menjadi seorang yang berjaya dalam pelbagai bidang
sains, ekonomi, undang-undang, dan sebagainya

"bangunlah, lalu berilah peringatan!"
Al-Muddassir: 74

yg menulis adalah lebih dekat dengan apa yg ditulisnya.


No comments:

Post a Comment