Friday 10 June 2011

pandangan Dia.

Allah tu tak jadikan kita sebagai manusia untuk jadi sama atau lebih kurang dengan syaitan. Tahu apa beza kita dengan syaitan? Syaitan tu hati nya bongkak,dah taknak terima petunjuk dari Allah tapi kita Allah jadikan sebagai hamba Dia yang memang diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan untuk sedarkan kita betapa kita takkan mampu hidup tanpa Dia. Dia sediakan jalan untuk kita pilih, nak ikut jalan kebenaran atau jalan kesesatan sama dengan pilihan syaitan yang memang confirm akan dicampak ke dalam neraka jahanam. Nak sangat ke ikot perangai syaitan tuh? Sampai boleh cakap mcam tu sekali? Kata-kata adalah doa,ingat. Terima kasih atas segala yang jadi hari ni,YaAllah. awak buat saya terfikir,

"adakah pada pandangan Allah saya ni seburuk pandangan awak pada saya?"

Dengan 3minggu yang sangat jauh dari Dia padahal dah macam-macam peringatan,ujian,nikmatyang Dia bagi tapi saya tak endahkan, hari ni Dia bukak pintu hati saya melalui segala kata2 awak. Betol la segala yang jadi ada hikmah,sangat tepat. terima kasih banyak-banyak. sekali lagi saya cakap, "saya tak kesah awak pandang saya buruk macam mane sekali pun, yang penting bagi saya adalah pandangan Dia yang Maha Esa". terima kasih atas segala kata2 dan tuduhan awak serta sangkaan buruk awak pada saya.

coretan hati hari ini.


No comments:

Post a Comment