Saturday, 31 December 2011

Cemburu.

Aku manusia biasa
yang punya hati, punya perasaan
siapa kata aku tidak cemburu?
melihat kalian berbahagia bersama
menjalani kehidupan seperti tiada apa-apa
sedangkan aku bertungkus lumus
melawan segalanya, melupakan semuanya
hanya kerana satu, DIA.

Aku punya impian
seperti kalian jua
bahagia, gembira, bersama
tapi
aku terfikir
apa erti bahagia sebenarnya?
bahagia yang bagaimana kalian sedang nikmati?

Kita beriman
akan ada nya hari akhirat
kita percaya
semua akan mati
kita yakin
dunia hanya sementara
jadi
apakah erti bahagia pada hakikatnya?

Usah di cemburukan pada yang salah,hidayah
pujukku pada diri sendiri
yakin, percaya, janji Dia yang pasti
apa guna bahagia sementara?
tapi merana hingga akhirnya?
apa guna bergembira di dunia?
andai menderita di akhirat sana?

Sudah. sudah.
biarkan mereka dengan kebahagiaan mereka
kau, teruskan dengan perjuangan yang masih panjang.
kerana pada hakikatnya
mereka juga adalah tanggungjawab kau
yang melihat, yang memerhati, yang mengenali

Lihat, banyak kan kerja?
tapi kau boleh main layan perasaan?
cukuplah.
hilangkan segala perasaan tu
Allah akan ganti dengan yang lebih baik.

Pilih, yang mana kau lebih inginkan.
BAHAGIA di dunia, atau di akhirat SANA.?

sekadar luahan hati yang rapuh ini.

1 comment: