Thursday 16 February 2012

kisah cinta 2

DI JALAN CINTA PARA PEJUANG
 
…..kita rela sendiri dengan perjuangan yang kita bawa. 
 
Kita tidak rela menggadaikan prinsip hanya demi sokongan dan dokongan para munkirin. 
 
Kita menanti Rijal Ummah yang apabila digertak terus maju
 
apabila dicabar terus mara
 
apabila bersendiri tidak mundur 
 
 kerana di sisiNya ada Allah yang akan memenangkan yang Haq.
 
 
 DI JALAN CINTA PARA PEJUANG,
 
kita diajar untuk disakiti.
 
 Kita diajar untuk dipinggiri
 
 kerana kita membawa sesuatu yang luar biasa dari zaman yang terbiasa dengan banyaknya kemungkaran. 
 
Kita memang asing dari segala rencam zaman yang tidak asing dengan keseronokan dan kelalaian. 
 
 
Itulah sunnah dakwah yang tidak layak kita menyalahinya jika kita berada di jalan juang.
 
DI JALAN CINTA PARA PEJUANG,
 
saya dan kami mencari ‘lelaki’ ini.
 

p/s: 'lelaki' ini memang terlalu sukar untuk ditemui, tapi pasti ada. demi ummah yg sedang parah, BANGKITLAH wahai lelaki!

1 comment:

  1. ummah mencari, kita volunteer diri,

    ini lah aku, aku lah rijal yang dicari, aku!!!!

    ReplyDelete