Tuesday 14 February 2012

kisah layang-layang

Lokasi: Bukit Layang2, Pasir Gudang
Tarikh: 11 RabiulAwal 1433H, 4 Feb 2012
Jam 6 pm

Ramai sangat orang dekat padang tu
Bermain, bergembira

Berusaha menaikkan layang-layang
agar terbang setinggi awan
personally, tak pernah pun berjaya menaikkan layang2 macam orang lain 
tapi hari tu, diberi peluang memegang layang2 yang dah kat atas
(Read: orang lain yg naikkan)
and my role is just to make it maintain
stay in the air
and at last
ibrah (read: pengajaran) sharing moment

(berbulatan besar di tengah padang penuh orang) 

Ibrah 1: Layang-layang tu umpama manusia, dalam hidup ni kadang kadang berada di atas, kadang-kadang di bawah (biasa orang kata mcam roda, heh). And layang-layang ni, bila berada di bawah,sungguh-sungguh si pemain tu nak naikkan, dan realitinya macam tu la kita dalam hidup ni, kan? kita nak sentiasa berada di atas. 

Ibrah 2: Layang-layang ibarat iman, yang sentiasa turun naik. Bezanya, layang2 kita tahu bila dia makin turun (read: berada di bawah) tapi iman kadang2 kita tak perasan pun dia tengah jatuh. Fuhh, tu la saat yang paling bahaya sebenarnya. And umpama nak naikkan layang2, sepatutnya kita juga perlu berusaha lebih kuat untuk naikkan iman kita setinggi mugkin.

Ibrah 3: Layang2 umpama hati. Bila dia tinggi, dah krg probability untuk berbelit dgn layang2 lain atau pengacau lain. Ibnu Qayyim pernah berkata: HATI UMPAMA BURUNG. Bila terbang rendah, dia sangat mudah dijangkiti penyakit, tapi bila dia terbang tinggi, penyakit sangat susah untuk datang padanya.

Ibrah 4: Layang2 terbang ikut angin, mudah je untuk dinaikkan. tapi bila lawan arus angin, memang berpeluh la berlari nak naikkan layang2 tu. Dalam hidup ni, kalau kita ikut segala yg Allah arahkan, pasti smooth sahaja di sepanjang perjalanan. Tapi, bila kita ingkar, hati resah gelisah tak tenteram, agak2 boleh smooth ke hidup? (rethorical Q)

Ibrah 5: Layang2 bergantung kepada tali, kuat tali tu, maka kukuh la layang2 untuk terus berada di atas. Manusia bergantung kepada Allah. Jika kuat pegangan kita terhadap tali Allah, maka terjaminlah hidup dunia akhirat. kalau tak, maka huru hara kucar kacir tak tentu hala la hidup kita ibarat layang2 bila terputus talinya.

# terbanglah setinggi layang2, bergantung kepada tali yang tidak akan putus.

p/s: terlalu banyak ibrah yg boleh dicari sebenarnya, provided that buka hati tu seluas-luas mungkin.
YaAllah, terima kasih atas segala tarbiyyah yang Kau kurniakan. :)

No comments:

Post a Comment