Wednesday, 21 March 2012

Belajar dari Sa'ad. :)


Serious ouh, nak jumpa dia kat syurga nanti! :D

Dia ni, hebat sangattt
Anak orang kaya, tapi kerja buat panah, sebab dia minat. Dia suka nak kenal pahlawan- pahlawan yang datang beli panah dengan dia, n dia belajar memanah dan menunggang kuda dari diorang.

Yang nak cerita nya ialah,

Dia ni Allah pilih, bagi hidayah kat dia. Ada satu malam dia mimpi, dunia ni dilitupi satu lembaga, sampai gelap seluruhnya, kelam. Sesak dada macam mendaki langit (very thin pressure), dunia huru hara. Tapi tak lama lepas tu, datang satu cahaya, yang menerangi semuanya, cerah sangat. Dan bawah cahaya tu dia nampak Abu Bakar, Ali, dan Zaid b Harithah. Then dia terjaga.

Esoknya masa kat kedai, Abu Bakar datang kat dia. Rupanya nak cerita yang nabi (anak saudara Saad sebenarnya) dapat wahyu, dia adalah nabi utusan terakhir. Ramai dah jadi pengikut dia, antaranya Ali, Zaid and beberapa orang lagi.  Dipendekkan cerita, Saad pun tahu la kenapa dia nampak diorang 3 orang dlam mimpi tu. And dia pun peluk islam.

Memang Allah pilih dia, kan? :D

(Ni memang version yang diringkaskan je tau.)

Dia orang pertama yang menumpahkan darah demi mempertahankan islam (masa gaduh dengan Abu Jahal and the gang)

Dia pemanah pertama dalam tentera Islam, pemanah palig tepat (Nabi doakan dia 2 benda, 1st Nabi minta ngan Allah padukan setiap panahan Saad - memang kalau dia lepaskan panah memang confirm kena la, 2nd makbulkan doa doa Saad)

Dia memang hebat gila menunggang kuda.

Masa zaman Umar, Islam berjaya tawan Parsi yang sangat hebat tu kan (kalau sekarang macam US or Rusia la), haa dia ni la yang jadi panglima perang masa tu!  Sampai kita berjaya tawan Istana Kisra yang kononnya maha hebat zaman tuh, mak aihh hebat gila

Dia jadi gabenor dekat Kufah, tapi dia di uji dengan sangat banyak fitnah dan tohmahan orang, at last dia letak jawatan. Hebat, kan? (agak agak ada tak pemimpin zaman sekarang sanggup jadi macam ni? Heh)

Dia pernah dicalonkan untk jawatan khalifah kot, pehh!

Dia sangat zuhud, masa zaman Ali konflik dengan Muawiyah tu, dia pergi jauh jauh sebab taknak terlibat dengan fitnah dunia (dua dua nimtak sokongan dari dia), dia habiskan masa tua dia dengan beribadat kat Allah je.

Kesimpulannya, yang buat sy rasa sangat bersemangat lepas baca pasal dia, is,

Lepas dapat hidayah dari Allah, dia jelas dengan apa yang dia nak buat.
Dia sungguh sungguh naikkan islam,
dia jadi panglima tentera yang bukan calang calang (kalau dah sampai mampu tawan istana Kisra tu kan),
dia sangat tak tengok dunia tu,
dan dia sangat la nampak yang tujuan dia hanyalah Allah.

Fuhh.

Dia hebat ohh

Dia tawan hati sy hari ni, :D

yaAllah, temukan sy dengan dia dekat syurga nanti eh?

:)

No comments:

Post a Comment