Monday 12 March 2012

business paling menguntungkan zaman ini!

Memang fitrah manusia kan, sangat lah suka kan keuntungan, kekayaan, harta benda, duit dan segala yang nampak trangtangtang kat depan mata.

Kalau buat business pun, memang keuntungan (profit) lah yang jadi sasaran utama kann.

And Allah yang maha pencipta, maha mengetahui segala sesuatu tu memang tahu pun manusia memang macam tu. Sebab tu Allah offer kat dalam Al-Quran (kalau kita perasan) kat kita untuk buat business ngan Dia n keuntungan yang Allah nak bagi tu memang takkan pernah kita peroleh kat mana mana pun, tahu?

haa, jom sama sama kita tengok eh, Allah cakap,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?"

Ok, kita lah orang2 yang beriman tu kan kan? jom sama sama sahut Allah tengah panggil tu! :D
Allah tanya , nak ke tak Dia tunjuk satu business, keuntungan nya is selamat dari neraka jahannam. Fuhh, kat mana lagi nak dapat tuh?? masyaAllah, NAK NAK NAKKKK!!!

ok, bagi orang2 yang nak, sila sambung bacaan anda (kalau taknak boleh click pangkah kat corner atas sebelah kanan tu ye, jangan segan segan).

next, Allah bagitahu,

"(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulnya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,"

wahh, tu haa jawapan nya!

business nya macam ni in short,

kita beriman kpd Allah n Rasul, 
kita berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa,

and Allah bagi kita selamat dari azab api neraka!

fuhh masyaAllah, sape sape yang still tak nampak tuh tak tahu lah kan, huu sob2. (boleh pergi amek wudu' and solat taubat banyak banyak k)

Eh jap jap, Allah sambung lagi laaaaa, 

"Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung. "

...........................

Serius dah spechless wehh.

Asal banyak tahap apa benda yang Allah nak bagi neh?? huahuahua, sob sob sob laaa.

Dah laa selamat dari azab neraka, 

Allah tambah lagi dengan dapat keampunan dari segala dosa (yang kita memang laa tak pernah terlepas dari buat dosa dosa tu kan kan). 

pastu Allah bagi pulak masuk syurga wehhh, siap describe lagi ada sungai2 mengalir kat bawah syurga tu, tempat2 tinggal yang baik segala bagai. 

Hadoyy, apa lagi yang kita nak selain dari semua ni?? 

Huu, sape sape yang taknak kemenangan yang agung ni memang senang cakap orang tu takde otak la, huh.(Moga diri ni tidak tergolong dalam golongan tu)
 
Maka nya, disini hamba yang berdosa ini ingin menyeru sekalian manusia, sahabat sahabat dan semua hamba Allah di muka bumi, JOM sama sama berbusiness dengan Allah mulai hari, jam dan saat ini! Memang confirm dapat untung yang korang takkan pernah menyesal seumur hiduppppp wehh!





p/s 1: tu ayat2 surah As-Saff , 61: 10 - 12
p/s 2: ada lagi sambungan nya sebenarnya, boleh la tengok2 sendiri ehh. kalau ada kesempatan insyaAllah akan disambung lagi nanti.


Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment