Thursday 12 April 2012

hebat sekadar atas kertas?

tiada agama lain yang paling tinggi melainkan Islam.

Ekonomi Islam tu hebat, tapi sekadar atas kertas. sebabnya, islam sudah kehilangan kuasa. terlalu lama, sampaikan tiada siapa mampu menghentikan sistem riba walaupun satu dunia tahu keburukannya.

maka, hidayah. tugas siapa? kalau bukan kau, untuk menaikkan EKONOMI ISLAM itu semula, di mata dunia. di mana seluruh hambaNya, bahawa DIa memang telah menetapkan sesuatu yang sempurna.

tinggal kau harus berusaha ke arah itu sahaja.

semata-mata kerana Dia,

dan kerana ISLAM.

..................

Allah tu, sungguh terlalu maha penyayang.

saat diri ini mula futur, hilangnya semangat untuk IB exam,

Dia mendekat, mengingatkan, membangkitkan,

Dia hadirkan seorang hamba Nya

bersama lima orang anak muridnya yang sungguh comel comel belaka

pelajar Maahad Dakwal wa Irsyad Mohd Al-Fateh

berusia 14-16 tahun, sedang dalam usaha menghafaz kitab suci Allah

sungguh, diri ini ter'amaze' dengan mereka

kagum, cemburu, iri

namun di sebalik itu, hati ini mengingatkan

diri ini juga punya misi, usaha ke arah Islam

mungkin dari sisi lain

mereka, adik2 itu bakal ke Mesir, negara di sebelah Timur,

dan diri ini bakal ke Barat

tetapi bak kata seorang adik

"Allah hantar ke Timur dan ke Barat, tetapi nanti semuanya akan berkumpul kembali untuk menyebarkan risalah yang sama."

adik adik. moga bertemu lagi

kalau bukan di sini, insyaAllah di SYURGA nanti

dan semuanya meng'amin'kan dengan senyuman di hati.

......................

yaAllah, izinkan diri ini untuk terus berusaha

dan terus mencari

terima kasih wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



YaAllah, ampunkan segala dosa dosaku, ku pohon hanya padaMu.




No comments:

Post a Comment