Tuesday 5 June 2012

Jalan kita mungkin berbeza.


Nabi saw pernah bersabda, mafhum dia lebih kurang macam ni la:

"Pada akhir zaman nanti, akan ada 71 jalan/ cabang hidup yang berbeza. Hanya 1 sahaja yang benar, iaitu jalan yang diikuti oleh ahli sunnah waljamaah".

………………………

2 tahun, sy di tarbiyyah di kolej itu.
5 tahun sebelumnya menjalani kehidupan muslim biasa, di sebuah sekolah di bandar Diraja Pahang. ( tak tahu lah capai Muslim Baik(MB) atau tak masa tu).

Muslim ada 6 kategori:
  • MA (Muslim Awam or umum)
  • MB (Muslim Baik)
  • MC (Muslim Commited)
  • MD (Muslim Da'ie)
  • ME (Muslim Extreme)
  • MF (Muslim Fanatic)

Melangkah kaki keluar dari zaman sekolah dengan 1 niat, semoga Allah letakkan diri ini di satu tempat yang Islamik selepas ini. Indeed, Allah makbulkan. That's my perception when I got the offer to further my foundation in UIA (IIUM). And I went there, for only about three weeks.

2 days before I went to UIA, I'd received the offer to go to KMB, but I certainly reject the offer. My only reason was because I had paid the registration fee for UIA. Heh.

Tapi, ditakdirkan Allah, in the third week when I was in UIA, I quit from the uni. Due to a very silly reason, sy HOMESICK! First time kan keluar dari Pahang, dulu kat sekolah 45minutes je dari rumah. Kalau homesick call ma pagi pagi tu nangis nangis petang mesti ma terpacak depan aspuri. Tapi kat UIA Nilai, memang tak lah kan nak macam tu lagi. So, homesick punya pasal, nak jugak balik rumah weekdays tu. Taknak dah tunggu weekend. 

Masa tu sepatutnya register masuk KMB on the next week. So, I used the chance lah, apa lagi. I decided to quit from UIA, with the reason that I want to go to KMB (ma ok je segala keputusan yang anak anak dia nak buat asalkan bawa kebaikan, huhu). Yes, that is the only reason kenapa sy masuk KMB pada mulanya. Padahal tak logik sebenarnya, sebab Banting tu lagi jauh dari Nilai, so sepatutnya sy lagi homesick la kan. Tapi tu la, 2 tahun kat KMB, tak pernah pun rasa homesick macam mana rasa kat nilai dulu tu. Huu, betapa Allah jadikan homesick tu sebagai asbab je nak suruh sy masuk kmb, *terharu.

Jadi, 2 tahun di sana. Rupa rupanya Allah nak bagi something yang jauh lebih baik, yg mungkin sy takkan dapat kalau di UIA sekalipun.

Sy kenal siapa yg menciptakan sy di situ. Sy tahu kenapa sy hidup di situ. Sy tahu ke mana sy akan pergi juga di situ.

Sy dididik dgn bermacam macam benda melalui jalan ini. Jalan Dakwah dan Tarbiyyah (DnT). Jalan ni lah satu satu nya jalan yg akan membawa sy ke syurga, impian semua orang, dan kamu jugak, kan?

Dan sy tahu, jalan ini bukan jalan yang biasa orang zaman sekarang lalui. Sebab tak semua orang dapat peluang itu, bermakna tanggungjawab sy untuk bawa semua orang menuju jalan ini termasuk kamu. Tapi tak semua orang nak kan jalan ni, sebab ganjaran nya kita tak nampak. Malah, ujian nya yang bertimpa timpa menyebabkan ramai orang menolak untuk terus mengikuti jalan ini. Sy menyaksikannya sendiri tahu, betapa ramainya orang yang mengeluarkan diri dari jalan in, bukan omongan kosong, walau baru setahun jagung berada di jalan ini.

Hey, let me tell you. Jalan ni jalan yang menjanjikan SYURGA, kamu tahu? Jalan ini menjanjikan pertemuan dengan Dia yg menciptakan kita, dan Rasulullah saw. Kamu tidak inginkan itu? :)

Ya, sy akui. Jalan kita sekarang mungkin berbeza. Tapi, ketahuilah, sy mengimpikan semua yg pernah sy kenali di mana jua, kamu, kamu dan kamu untuk turut menyertai sy di jalan ini. Kerana, cinta di hati ini membuatkan sy untuk bersama sama kalian di syurga bersama sama. Nikmat ini ingin dikongsi, sungguh, terlalu ingin dikongsi.

Maaf, andai buat masa ini sy belum mampu untuk melaksanakan itu. Untuk membawa kamu bersama sama sy. Hanya satu yang ingin sy pinta, jangan, jangan sesekali kamu menutup hatimu daripada petunjuk yang dikurniakan oleh Nya.



Tiada orang yang ingin membiarkan 
sesiapa sahaja yg dia sayangi 
melangkah, menuju ke neraka.

No comments:

Post a Comment