Monday 4 June 2012

Hey, cool lah! (Part 2)


Allah takkan berhenti uji selagi kita tak lepas, kan? Hee, tu la baiknya Allah, tapi kita selalu tak perasan kan, huu. So, Allah uji lagi supaya sy tahu yg sy kena sabar.

Sy diuji untuk sabar dan serahkan segalanya pada Dia sahaja walau apa pun yang menimpa. Sebab Dia je yang berkuasa memelihara seluruh manusia. Sedalam mana pun sy risau akan keselamatan sesiapa yang dekat dgn sy, sy tetap tidak mampu berbuat apa apa melainkan menyerahkan dia sepenuhnya kepada Allah. Sebab sy tahu hanya Allah yang bisa memelihara dia. Yes, sy risau. Bila macam macam yang jadi and I got no news at all for almost 12hours, memang SABAR je yg boleh membantu. And sy memang tak sesabar itu (ntah statement yg kali keberapa pun sy taktahu). COOL= sabar + serahkan segala kepada Dia (reas: tawakal). So, ya. Itu yg sy belajar. Kalau sy sabar and tawakal je, confirm sy takkan risau gelabah taktentuarah segala instead COOL je sepanjang masa. And the rest of the story is history.

Tak cukup dengan semua yg dah jadi, Allah bagi lagi sekali. Kali ni, benda lain pulak. Makanan, yg sy masak sendiri. Heh.

Sungguh sy semangat betul nak buat triffle nak bagi ma kakcik adik abang maksu semua la rasa. So, sy buat. Dah ditulis dlm kitabNya, fridge penuh. So bila dah siap nak letak dlam fridge tu macam kena himpit himpit sket and terletak la satu bekas triffle tu atas jug air oren.

And si abang dahaga, bukak fridge nampak jug hijau tu terus tarik tak nampak dah benda lain. And triffle yang baru nak sejuk tu terus terlingkup jatuh ke lantai. Dan sy macam tak terkata bengangnya, tapi sebab masa tu dah azan maghrib so sy Cuma jerit 1 word je 'ABANGGGGGG!!!!' and terus masuk bilik. Ok, sy memang tak cool.

Tapi kan, lepas tu la baru sy terfikir, eh, makanan je kot. Yang beria nak marah kenapa? Nanti kat syurga Allah boleh bagi jauh lagi best dari triffle yg kau buat tu tahu tak?

And disebabkan oleh kejadian tu la membuatkan sy flashback everything yg dah jadi sepanjang 2 minggu ni.

Budak budak je kot, yg beria nak marah ke jerit ke  kenapa? Kalau lembut lembut pun budak tu dengar jugak apa.

Bas je kot, tak lari pun. Last sekali sampai jugak. Hadaf nya nak sampai rumah je kan? Ala, lambat sikit takde masalah pun sebenarnya.

Serahkan kat Allah segala. Allah jaga je dia. Bukti? Dia selamat je kan, tak jadi apa apa pun. So lepas ni COOL la, selama ni pun Allah jugak yang jaga dia, bukan kau.

And triffle tu. Apa la sangat sampai nak marah segala kat abang. Dia tak sengaja la. Esok buat yg lain ok?

Hemm.

Maka, wahai hidayah yang nak jadi hamba Allah yang Maha Pengasih tu (reas: ibadurrahman),

SABAR la.
Sepanjang masa.

And sabar tu pada hentakan pertama sepatutnya

Bukan lepas dah jerit maki marah segala bagai baru nak urut dada cakap 'sabar, sabar…'

Time kena tu, terus bersabar, ok?

Sebab Allah suka orang-orang yg sabar 
and Dia janjikan macam macam untuk mereka.





Sy tahu sy belum sampai tahap tu
And sy tahu Allah akan uji sy lagi lepas ni.
Moga sy mampu senyum pada hentakan pertama itu.


No comments:

Post a Comment