Friday 26 April 2013

ISHAB


Imam Syahid Hasan al-Banna adalah seorang yang:

hanya hidup untuk Islam,
mengambil berat tentang umat Islam
dan bekerja untuk Islam dengan penuh prihatin kepada agamanya,
penggerak untuknya,
jujur ​​dan tulus, 
dan mengorbankan pada jalan Allah semua masanya dan segala yang dimiliki samaada sedikit atau banyak,
kerana beliau menyentuh hati-hati manusia dengan pengetahuan tentang Allah dan cintanya melalui pengetahuaan yang benar dan mendalam kepadaNya.

 Justeru, beliau seorang yang:
1: kuat mendokong kebenaran, 
2: menghayati sifat rabbani 
3: melaksanakan al-Quran. 

Beliau hidup untuk Allah, mengikhlaskan diri dan menjadikan Allah sebagai matlamatnya, dan baginya al-Quranlah yang mampu memelihara, bekerja dan menjadikannya sebagai jalan dan manhaj, dan menjadikan nabi sebagai pemimpin idola dan contoh teladan, dan jihad di jalan Allah dijadikan jalan bagi membela dan menolong agama Allah, dan kematian yang baik menjadi cita-cita tertinggi, iaitu memperolehi syahid pada jalanNya. Semoga Allah merahmati beliau sehingga hari kiamat.

Benarlah seorang penyair pernah berkata:

“Sesungguhnya binaan Ikhwan Muslimin mengandungi segala macam yang baik.
Janganlah tanya kepadaku siapakah yang membangunkannya, itulah Hassan al-Banna”



No comments:

Post a Comment