Friday 26 April 2013

Wasiat 1 ISHAB


Wasiat Pertama: Bangunlah segera mendirikan solat sebaik sahaja mendengar azan berkumandang walau apapun keadaan anda:

Iaitu memberikan perhatian tentang solat dan mengelakkan dari merasa berat apabila tiba waktu solat .. Kita mempunyai contoh yang ideal yang dipamerkan oleh Omar bin Abdul Aziz r.a di mana ia berkata: "Elakkan diri dari merasa berat apabila tiba waktu solat.... Di antara tanda anda memberikan perhatian tentang solat ialah:

1 - Mempersiapkan diri sebelum azan secara psikologi dan spiritual, mentaliti dan fizikal.

2 - Merasakan kebesaran dan ketinggian  apabila mengambil sikap mematuhi perintah Allah, mencapai kemuliaan ibadah, dan mengharapkan keredhaanNya.

3 – Berniat sebelum wudhu, dan apa yang kita maksud di sini adalah bukan hanya niat pencucian anggota tertentu saja, tetapi apa yang kita maksudkan ialah niat yang menyeluruh untuk membersihkan tubuh yang berkaitan dengan kekotoran dan membersihkan jiwa, termasuk penyakit-penyakit yang tersembunyi seperti hasad dengki dan iri hati, dan membersihkan mata daripada kekotoran melihat perkara yang haram, dan membersihkan kaki dari kekotoran kerana berjalan ke tempat maksiat, dan membersihkan kedua tangan daripada pelbagai kecelaan, dan membersihkan mulut daripada kekotoran pembohongan, fitnah dan umpatan, dan membersihkan telinga darpada kekotoran apa yang didengari daripada pendengaran yang dimurkai Allah Tuhan semesta alam. Rumusannya, kita katakan: untuk menjadikan wudhu’ sebagai titik tolak yang indah terhadap pemurnian dalam tubuh dan jiwa serentak.

4 – Bersungguh-sungguh ingin mencapai kerendahan hati (khusyuk) dan berdoa antara azan dan iqamah yang merupakan saat doa yang tidak tertolak.

5 – Mengambil berat dalam mendirikan solat sunat dua belas rakaat selain solat fardu, untuk memastikan dan memenuhi istana di syurga Allah.

6 - Terus-menerus merasakan kepentingan solat yang merupakan ibadah pertama yang akan dihisab ke atas seorang hamba. Jikalau solatnya sempurna maka mudahkan urusan penghisaban hamba itu, tetapi jikalau solat tidak sempurna maka sukar penghisabannya yang lain.


.........

seminggu yg lalu share wasiat 1 ni, dan rasa macam cukup lah 1 dulu, kena practise amalkan yg ni dulu. Seminggu berlalu, fuhh, memang, wasiat satu ni pun x terlaksana dgn baik lagi. T.T
ayuh!

No comments:

Post a Comment