Tuesday 29 May 2012

the longest two years.

1045am, 21st may 2012.
its over, we survived IB.
sepatutnya gembira happy
tapi
perasaan yg tak sesedap yg diharapkan
konon dah habis IB mampu senyum sesenyumnya
sebab dah habis 'penyeksaan' tu
tapi tak rupa-rupanya
melangkah keluar dari dewan dengan sebak
memandang ke langit dengan mata yg berlinangan

Allahu Rabbi,
entah bila langit indah ini mampu kuhayati lagi setiap pagi
entah bila zikir yang berkumandang setiap petang dapat dihayati
entah bila bumi yang dijejaki suatu masa dahulu akan disinggahi
entah bila

26-28may 2012
program bersama akhawat tercinta
yang ditemui di jalan ini
dan 3hari ini menyaksikan airmata yang bergenang
berlinangan jatuh
saat hati mula membayangkan kehidupan yang akan ditempuh
tanpa kamu, kamu dan kamu

sungguh 2tahun bersama kalian
terlalu banyak yang dilalui bersama
2tahun penuh dengan sukaduka
dan yang paling penting
2tahun mengenali, mencintai dan mengingati Dia bersama sama
2tahun memupuk cinta itu
bekalan berpuluh puluh tahun mendatang dengan izinNya

akhawat fillah
teruskan perjuangan!
kerana cita cita kita tinggi
kita ingin bertemu di syurgaNya bukan?
bantu ingatkan diri ini andai kamu melihat kefuturanku mula menjengah
dan kita akan terus melangkah
sampai saat Dia menemukan kita kembali
di syurga yang kekal abadi.




Cinta kerana Dia tu memang taktergambar dengan kata kata,kan? 

No comments:

Post a Comment