Monday 4 June 2012

Hey, cool lah! (Part 1)


Serahkan diri kita untuk ditarbiyyah oleh Allah, baru kita nampak apa sebenarnya yang Allah nak didik kita, eh?

Heh, sooo true.

Okay, it has been 2 weeks after I done the soo-cool IB,gulp.

And He lead me to face soo-many things during this period,
That I had just realized 1 thing

Rupanya Allah nak ajar sy jadi cool (reas: SABAR).

Fuhh, okay, Allah je tahu sy ni memang dari dulu sampai sekarang tak pernah berjaya jadi orang yg sabar. So He planned everything for me untuk ajar 1 benda yg banyak kali kottt disebut dalam Al-Quran.hukhuk, taktahu mcam mana nak cakap terimakasihkatDiaatassegala.

Sepanjang this two weeks,

Allah temukan dengan beberapa orang yang sangaaaattttlah penyabar. Sampaikan diri sendiri rasa memang ntah bila lah aku boleh jadi macam ni kann

Contoh situasi yang menunjukkan mereka ini sabar (kebanyakannya melalui tingkah laku anak anak kecil)

  1. Ada sorang sister neh, anak dia lelaki yang baikk je orangnya time mood dia baik. Tapi sekali mood dia swing, pehh. Memang dahsyat laa. Siap hentak2 kaki 'mecok' (reas: protes) la kononnya tuh. Padahal baru nak masuk 3 tahun kott. Heh. Tapi kan, kakak tu serius sangatt cool. Dia relax je layan anak dia tu (wlupun sampai anak dia tu ganggu fokus dia nak bagi pengisian, ngeh). Tak marah LANGSUNG. Suara memang lembut je, pujuk macam macam cara nak bagi anak dia ok balik. Haishhh. (hasil tarbiyyah kot?). Serius kakak ni mantap ohh, and sy tertunduk malu melihat akhlak yg ditunjukkan oleh kakak itu.  (sebab sy kat rumah memang terjerit jerit marah adik adik sampai rumah maksu maklong pun dengar, *sigh.)

  1. Ok, next pun pasal kerenah budak budak jugak. Pergi rumah sorang ustaz ni, dia ada anak kembar dua dua lelaki. Yg ni memang lagi mantap, sepanjang sejam setengah pengisian kami malam tu, budak budak dua orang ni memang tak berhenti menjerit melompat bermain main kat sekeliling ruang tamu yg kami duduk tu. Sampai dalam recording dengar suara diorang je haha. Tapi kan, ustaz ngan zaujah dia COOL je. Memang tak marah langsung. Cuma ada la sekali dua sutaz panggil nama diorang kalau diorang dah start baling baling barang kat dinding ke apa. Tapi tu la, TAKMARAH pon kott. Alahai, sy dalam hati dah memang rasa nak menjerit je tertekan dgn situasi tu (yela nak fokus dengar ustaz explain tapi byk pulak gangguan kan tapi ustaz relax je padahal dia kena kuatkan suara lawan ketinggian suara dua orang anak yg menjerit jerit tu). Okay, sy malu lagi. Sy memang tak sePENYABAR itu.


Okay, next

Allah dah tulis kat LuhMahfuz yg sy akan diajar untuk bersabar melalui bas. Yes, bas je kot. Ngeh.

Sepatutnya malam Jumaat tu bas pukul 0830 dari Kajang ke Kuantan (tak diinform pun akan ke Pudu terlebih dahulu). Nak dijadikan cerita, bas rosak. Sy memang dah bajet sampai paling lewat pun dalam pukul 12 mcm tu. So dah memang lari bajet la.

Okay, tumpang bas lain ke Pudu. Sampai kat Pudu, rupanya bas ke Kuantan akan gerak jam 1030. wehh, beza 2 jam kot dari jadual asal?? Grrr. Okay, memang sy agak hot (reas: bengang) masa tu. Tapi, naik la surau solat isya' segala bagai dulu.

Turun jam 10 lebih, kat platform yg dah diberitahu. Pehh, keadaan dia macam apa je. Serabut! Ramai gila orang, pening bas mana satu, salah information segala bagai masa tu la nak jadinya. And sy dalam hati memang dah macam apa, dan ia terserlah ke muka, masam sepanjang masa. At last naiklah jugak bas nya dekat dekat pukul 1030 tu.

Tapi kan, haishhh. Bas tu tak gerak walaupun jam dah melangkaui pukul 1100! Agak agak macam mana sy masa tu? Heh, orang yg kenal je la kot dapat teka. Sungguh la sy ni memang fail bab SABAR, sebab tu Allah didik sampai macam tu sekali kot. Heh. Sampai sy tanya(reas: sound dgn muka yg taksenyumlangsung) kat pakcik bas tu,  'bila nak gerak nya ni pakcik? Pukul berapa dah ni, sy sepatutnya pukul 0830 lagi kot'. Okay, the rest is history and lastly bas tu gerak jugak hampir satu jam dari masa yg di inform kan dan sy sampai kuantan lebih dari jam 0300am. So, 3 jam tu membuatkan sy rasa macam 'aku ni memang sungguh la tak PENYABAR.fullstop.'



Hem, ada lagi...


No comments:

Post a Comment